fbpx

Aiman Hakim Jelaskan Cerita Sebenar Tentang Tuduhan Fathia Latiff

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Aiman Hakim Ridza pada malam Khamis tampil menjelaskan dakwaan dibuat bekas teman wanitanya, Fathia Latiff berhubung dakwaan dia masih belum melangsaikan hutang dengan aktres itu.

Aiman menerusi InstaStory di Instagram menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak seperti didakwa.

BACA : Sharifah Sakinah Backup Aiman Hakim Berkenaan Kenyataan Fathia Latiff

“Pertama sekali aku tak pernah hutang dengan siapa-siapa sebaliknya orang hutang aku ada. Ini adalah bisnes. Ia adalah saham. Ada keuntungan dan kerugian. Fakta!,” tulisnya.


Aiman menegaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

Terdahulu, Fathia menerusi Instagram miliknya mendedahkan Aiman masih belum membayar hutangnya selain bertindak menyekat nombor telefonnya apabila dia meminta aktor itu membayar kembali wang tersebut.

Bagaimanapun Fathia tidak menyatakan jumlah wang yang dipinjam kepada Aiman.

Menjawab tuduhan itu, Aiman memberitahu alasan dia menyekat nombor telefon Fathia adalah disebabkan aktres itu merepek dan menggunakan kata-kata kesat walaupun dia bercakap dengan baik.

Bagaimanapun kata Aiman, dia meminta semua mendoakan yang terbaik buat Fathia selain menasihati pengikutnya agar menggunakan media sosial untuk perkara berfaedah.

Antara luahan lain Aiman di Instastory.

“Alasan aku ‘block’ adalah disebabkan you merepek dan mencarut walaupun aku bercakap dengan baik.

“Pada semua netizen yang positif terima kasih dan aku maafkan yang lain-lain tapi paling terbaik adalah gunakanlah media sosial sebagai benda berfaedah.

“Doakanlah benda yang baik untuk dia,” katanya.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun namun mereka berpisah pada 2015.

Bagaimanapun setahun selepas berpisah, Fathia pernah memberitahu hubungannya dengan Aiman kembali pulih sebagai kawan bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang melarang memutuskan silaturahim sesama manusia.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.