fbpx
Now Reading
Sarah Suhairi Juara Big Stage Musim Pertama

Sarah Suhairi Juara Big Stage Musim Pertama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menewaskan empat peserta lain, Sarah Suhairi diumumkan sebagai juara rancangan realiti baharu Big Stage musim pertama.

Sarah membawakan lagu Awan Yang Terpilu di segmen cover serta lagu single baharu berjudul Nyawa dan Raga.

Sarah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Shafiq Farhain berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Syafiq membawakan lagu Antara Hujan dan Airmata di segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Aku Jatuh Cinta.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Afieq Shazwan berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Afieq membawakan lagu Footloose di segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Darjat.

Tempat keempat yang diraih oleh Wani Kayrie berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Wani membawakan lagu Pematah Hati di segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Saat Terindah.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Baby Shima berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi sumbangan Astro.

Shima membawakan lagu Police Entry di segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Sirna.

Seperti kebiasaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir berada di kerusi juri tetap manakala Mas Idayu dan Mark Adam menyertai mereka berdua sebagai juri jemputan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.