fbpx
Now Reading
Ucapan Fattah Untuk Fazura ‘Bersemut’! Sweetnya!

Ucapan Fattah Untuk Fazura ‘Bersemut’! Sweetnya!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BoMf2LqAyWa/?taken-by=fattahaminz"]

Menerusi entri di Instagram, Fattah Amin telah membuat ucapan khas buat isterinya, Fazura yang menyambut hari jadi ke-35 hari ini.

Fattah memuat naik beberapa foto menunjukkan mereka berdua sedang menikmati makan malam dalam suasana romantis.

Selain itu, turut kelihatan sebuah kotak barang kemas berjenama Ceres dan kek yang dihadiahkan untuk isteri kesayangannya itu.

“Selamat hari jadi untuk isteri saya yang ‘fabulous’, awak adalah anugerah terhebat dari Allah, saya akan sentiasa bertuah memiliki awak.

“Awak sangat menghormati saya dan menganggap keluarga saya seperti keluarga awak sendiri, semoga saya terus berada di sisi awak hingga ke jannah, Insya-Allah,” tulisnya.

Beberapa minggu lalu, Fazura telah membuat kejutan hari lahir untuk Fattah ketika dia berada di New York.

Walaupun mereka tidak dapat menyambutnya bersama di Malaysia, namun ‘birthday surprise’ yang dirancang Fazura itu berjaya membuat Fattah gembira dan terharu.

Ramai netizen yang meninggalkan komen ucapan selamat hari lahir kepada fazura dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.