“Semua Celebration Plan Tak Dapat Buat, So …” – Ini Yang Suami Ummi Nazeera Buat Lepas Habis Tempoh Berpantang

Tempoh berpantang pelakon Ummi Nazeera selepas bersalin anak sulungnya hujung Ogos lalu akhirnya berakhir.

Namun, ucapan manis dan makan malam romantis suami Ummi, Dr. Izzar Anwari baru-baru ini lebih membuatkan ramai yang cemburu.

Izzar menerusi perkongsian di Instagramnya memberitahu banyak perancangan majlis yang disusunnya bersama Ummi gagal dilaksanakan ekoran keadaan isterinya yang tidak mengizinkan sepanjang tempoh hamil.

“Isteriku sudah tamat berpantang. Banyak ye dugaan semasa mengandung dan nak masa nak lahirkan Ayra dulu.

“Masa mengandung ada placenta previa, so kena rehat kat rumah je. Kalau keluar pun untuk pergi followup hospital.

“Anniversary kahwin, birthday celebration Ummi dan saya, baby shower, gender reveal semua celebration yang kitorang plan tak dapat nak buat sebab tak boleh.

“Masa bersalin pun kena operate emergency. Mentally challenging juga untuk wife saya. Namun alhamdulillah dia berjaya menempuh semua dugaan dengan baik,” tulisnya bersama sekeping foto makan malam bersama Ummi.

Sambutan ringkas itu jelas Izzar sebagai menghargai pengorbanan dan susah-payah Ummi sepanjang bergelar ibu.

“Thank you sayang, this is the least I could do. 

“A simple celebration for what a wonderful mother and wife u have been.

“Welcome back to civilization. Dah lima bulan terperap kat rumah tu. Jom keluar KL,” tambahnya.

Ummi dan Izzar telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah, 2 bulan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago