Now Reading
3 Persalinan Baju Pengantin Semasa Resepsi Izreen dan Ude, Bahagianya Pasangan Ni!

3 Persalinan Baju Pengantin Semasa Resepsi Izreen dan Ude, Bahagianya Pasangan Ni!

Pelakon Izreen Azminda dan pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude bersanding dengan tiga persalinan baju pengantin semalam.

Izreen dan Ude telah mengadakan majlis resepsi secara besar-besaran di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, Melaka.

Pasangan itu pada mulanya menyarung busana berwarna putih dan dirai seperti di majlis pernikahan.

Kemudian mereka menukar baju ke persalinan songket berwarna ungu untuk majlis malam berinai mereka.

Di acara kemuncak malam tadi, pasangan ini sepakat mengenakan busana pengantin ketiga yang berwarna keemasan.

Izreen menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi semua foto tersebut bermula petang semalam hingga malam tadi.

See Also

Terdahulu, Izreen dan Ude melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos tahun lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

Dengan sekali lafaz, Izreen sah menjadi isteri pada jam 10 pagi.

Berikut foto-foto sepanjang majlis persandingannya.






View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.