fbpx
Now Reading
Daiyan Trisha Buat ‘Surprise’

Daiyan Trisha Buat ‘Surprise’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan penyanyi cantik, Daiyan Trisha mengakui ada membuat kejutan menyanyi secara percuma di majlis perkahwinan peminatnya yang terpilih.

Kata Daiyan, 25, kaedah itu merupakan sebahagian daripada promosi lagu terbaharunya, Langit.

“Ia merupakan sebahagian daripada ‘Langit’s Surprise’, yang saya buat untuk mempromosikan single yang baru saya lancarkan Ogos lepas.

“Memang betul saya menyanyi percuma, caranya saya datang ke majlis perkahwinan peminat saya secara mengejut dan menyanyi untuk mereka.

“Tapi tujuan saya bukan untuk ‘caras’ pengantin pula, sekadar membuat kejutan dan mengucapkan tahniah,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Rico Rinaldi Bridal 2019 baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Busker itu, setakat ini dia cuma sempat membuat kejutan itu kepada seorang peminat di Shah Alam.

“Oleh kerana jadual saya yang terlalu padat, hanya seorang saja baru menerima kejutan daripada saya.

“Dia menangis ketika saya muncul dan menyanyi di hadapannya,” cerita Daiyan.

Daiyan mencuri perhatian umum apabila gambar-gambar memakai baju pengantin tersebar di Internet sebelum ini.

Hakikatnya, ia sebahagian daripada langkah mempromosi single tersebut.

Sumber : Gempak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.