Filem Hantu Kak Limah Kutip RM30 Juta Tapi Bonus Ciput Je?

Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie terkilan bonus yang diterima daripada penerbit tidak setimpal dengan kutipan lebih RM30 juta yang diraih filem pecah panggung itu.

Tampil mewakili pelakon dan kru produksi, Awie, 50, menganggap jumlah bonus yang diagihkan penerbit tidak adil.

“Saya terkilan (jumlah) wang bonus yang diterima… Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini.

“Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab ‘membuka mulut’ bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

“Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert GIG 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ratu Rock, Ella.

Ditanya jumlah bonus yang diterima, Awie berkata:

“Saya selaku teraju utama hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja… Inikan pula pelakon dan kru produksi lain,” katanya.

Awie menambah, dia tidak menolak melakonkan watak Husin dalam sekuel Hantu Kak Limah, namun ada syarat ditetapkan.

“Dengan syarat, filem itu bukan di bawah syarikat produksi yang sama.

“Saya tidak ada masalah untuk kembali berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, cuma perlu tahu siapa penerbitnya.

“Saya enggan bekerjasama di bawah syarikat sama selepas pengalaman ini,” katanya.

Filem Hantu Kak Limah yang diterbitkan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold, ditayangkan pada 9 Ogos lalu.

Sumber : BH Online

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

16 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago