fbpx
Now Reading
“Apabila Sihat Baru Boleh Fikir Soal Nak Berumah Tangga” – Zamani

“Apabila Sihat Baru Boleh Fikir Soal Nak Berumah Tangga” – Zamani

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zamani, 47, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim telah memenangi tempat ketiga pada Gegar Vaganza 5 (GV5) lalu. Penyanyi dari kumpulan Slam itu berkata dia mahu memulihkan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung yang dialaminya terlebih dahulu sebelum dia memikirkan tentang soal kahwin pula.

“Semua orang nak kahwin. Saya pun sudah 47 tahun. Insya-Allah duit kemenangan dalam Gegar Vaganza 5 saya ingin manfaatkan sebaiknya terutama dalam perubatan sakit tulang belakang saya.”

“Apabila sihat baru boleh fikir soal nak berumah tangga. Kalau sekarang fikir mengenainya, takut nanti jadi apa-apa pula. Jadi, biarlah saya sihat dulu,” kata Zamani.

Zamani juga berkongsi bahawa dia sudah mempunyai teman istimewa yang dikenali sejak lima tahun lalu.

“Kami masih berkawan. Belum sampai fasa yang boleh diuar-uarkan. Kalau tak jadi nanti malu pula. Insya-Allah, kalau sudah serius saya akan maklumkan kepada semua.”

Gambar: Ohbulan

“Kami sudah lebih lima tahun berkawan. Untuk dirinya tak ada masalah. Dia seorang yang baik dan cukup memahami saya. Cuma, apa saya bimbangkan adalah belah keluarganya sama ada mereka boleh terima, suka atau tidak.”

“Apa boleh dikatakan mengenainya, dia banyak tolong dan terima setiap kelemahan diri yang saya ada. Malah, sepanjang GV dia sentiasa berikan sokongan,” katanya.

Sumber: hmetro

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.