Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru baru ini, Filem aksi Polis Evo 2 yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM TBK mencipta rekod baharu apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta pada hari pembukaannya pada 22 November lalu.
Gambar: Astro Gempak
Naib Presiden Dan Ketua Bahagian Melayu Dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, pihaknya mengharapkan momentum yang sama akan berkekalan hingga ke minggu seterusnya.
Gambar: Mangga Media
“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton Malaysia dan Brunei kerana memberi sokongan padu kepada Polis Evo 2.”
“Terbaharu, Polis Evo 2 akan memulakan tayangan awal di Singapura pada 23, 24 dan 25 November sebelum diluncurkan secara rasmi pada 29 November depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.