fbpx
Now Reading
“Babak Tertelan Air Itu Memang Sakit, Sampai Merah-Merah Mata.” – Zizan Razak

“Babak Tertelan Air Itu Memang Sakit, Sampai Merah-Merah Mata.” – Zizan Razak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Watak utama filem sekuel Polis Evo 2 (PE2), Zizan Razak akui berdepan dengan kesukaran ketika melakonkan babak dipaksa menelan air menggunakan getah paip dengan kasar.

Zizan ketika ditemui Gempak berkata, sebelum babak itu bermula, pengarah PE2 juga meluahkan rasa bimbang dan khuatir andai dirinya tercedera.

“Babak tertelan air itu memang sakit, sampai merah-merah mata. Tapi tak mengapa sebab saya sendiri yang mahu lakukan aksi itu supaya kelihatan ‘real’. Sebelum nak lakonkan babak itu, pengarah semua rasa risau. Tapi saya kata tak apa, buat saja.”

“Sebab saya mahukan kepuasan, tak nak dah berlakon main-main yang hanya sekadar tunjuk air sahaja.” katanya.

“Saya mahukan yang ‘real’ supaya biar lakonan itu boleh buat orang ‘rasa’ apa yang kita cuba sampaikan.

“Sejujurnya memang ada jugalah tertelan sikit tapi nasib baik semuanya okay,” katanya lagi.

Selain Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Sumber: Gempak

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.