fbpx
Now Reading
“Ini Makanan Warisan Dik, Please Go And Learn…” – Chef Wan Kritik Sambal Nasi Lemak Air Asia

“Ini Makanan Warisan Dik, Please Go And Learn…” – Chef Wan Kritik Sambal Nasi Lemak Air Asia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Br8t_GpBJt3/"]

Chef Wan dikenali sebagai seorang chef selebriti yang lantang apabila memberi pendapat terutama di akaun laman sosial miliknya. Baru-baru ini menerusi Instagram miliknya, Chef Wan mengkritik sambal tumis nasi lemak yang yang disediakan di AirAsia Premium Lounge.

Difahamkan, rakannya yang menaiki penerbangan ke Bangkok mengirim rakaman video sambal tumis untuk nasi lemak tersebut. Rakannya memberitahu merasa jijik dengan sambal berkenaan dan Chef Wan turut bersetuju dengan pendapat itu serta meluahkan rasa kesal terhadap hidangan tersebut.

 Ujarnya lagi, AirAsia merupakan syarikat penerbangan kebanggaan negara dan perlu menjaga imej Malaysia lebih-lebih lagi dalam penyediaan makanan tempatan. Katanya lagi, Nasi Lemak adalah makanan Warisan dan tukang masak perlu belajar lagi untuk memastikan rasanya sempurna.

Chef Wan turut menyatakan dia akan panjangkan aduan ini kepada CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Chef Wan turut memberitahu kualiti sambal tumis tersebut seolah menghina makanan tradisi Malaysia.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu beliau sedar bahawa perkara yang dibangkitkan ini akan tular dan mengundang kecaman orang ramai, namun niatnya hanya untuk memperbetulkan mereka.

Terdahulu, Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak ‘telanjang’ yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi, syarikat penerbangan MAS.  Menurutnya, nasi lemak tersebut dilabel ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun seperti kebiasaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.