Now Reading
Tersalah Gambar Kahwin Elfira Loy, Habib Jewels Mohon Maaf

Tersalah Gambar Kahwin Elfira Loy, Habib Jewels Mohon Maaf

Baru seminggu Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar, majlis perkahwinannya masih lagi menjadi bualan ramai netizen.

Jika anda mengikuti akaun Instagram pelakon tersebut, ruangan komen gambar perkahwinannya masih dihujani dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan artis dan peminat.

Syarikat barangan kemas terkemuka, Habib Jewels turut tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu. Namun, ucapan tahniah di akaun rasmi Facebook mereka itu mengejutkan ramai pihak apabila gambar yang disiarkan adalah gambar Elfira bersama bekas tunangnya, Sufian Suhaimi.

Posting tersebut kemudian dipadamkan dan pihak Habib memuat naik kenyataan permohonan maaf kepada Elfira dan Faris serta Sufian di atas kecuaian mereka.

See Also

“Berkenaan gambar salah yang kami muat naik untuk mengucapkan tahniah kepada salah seorang artis tempatan yang baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini ia dilakukan oleh bahagian media sosial.

“Kami meminta maaf kepada artis, suami dan peminatnya atas kesilapan itu dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan itu,” tulis Habib Jewels.

Elfira selamat mendirikan rumah tangga dengan pengurus besar syarikat telekomunikasi, Faris Khairol Anuar di sebuah majlis tertutup di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya pada 1 Januari lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.