“Tarikh Ke Mahkamah Ditetapkan Pada 14 Januari, Tiba-Tiba…” – Diana Danielle
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon popular, Datuk Farid Kamil dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke prosiding perbicaraan hari keempat dalam kes yang sedang dihadapinya semalam.
Isterinya, Datin Diana Danielle tampi membuat kenyataan menerusi ruangan Instagram (IG) Story pada petang semalam.
Menurut Diana, tarikh perbicaraan itu telah ditetapkan pada 14 Januari depan dan secara tiba-tiba suaminya dihubungi untuk hadir ke mahkamah tanpa diberi tarikh terlebih dahulu.
“My husband’s court date is set on the 14th of January, tiba-tiba hari ini (semalam) disuruh datang court tanpa beri tarikh awal-awal, dan panggil kita secara random.
“Suami saya pun bukan berada di Kuala Lumpur sekarang, rasa logik ke cara nak panggil orang ke mahkamah secara mengejut, bila orang tak dapat nak datang kerana tidak diberitahu langsung ada perbicaraan, terus nak bagi waran tangkap?” tulisnya.
Terdahulu, pada 25 Januari 2018, Farid mengaku tidak bersalah kerana didakwa menggunakan dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4:30 petang, 11 Januari tahun lalu.
Farid dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.