fbpx
Now Reading
Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terkejut sebentar para pengikut usahawan terkenal, Neelofa apabila sekeping gambarnya yang tidak berhijab dimuat naik di laman Instagram. Bagaimanapun Neelofa tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut Neelofa, gambar tersebut sepatutnya ingin dikongsikan kepada teman rapat namun tersalah memuat naik di laman sosial pula. Menerusi Instastory Neelofa tampil memohon maaf denga insiden itu.

“Foto itu sepatutnya dikongsi dengan teman rapat. Maaf jika membuatkan semua terkejut,” tulisnya menerusi Instastory mengenai gambar tidak berhijab yang ‘tidak disengajakan’ dikongsi.

Terdahulu, Neelofa telah memuat naik gambarnya memakai topeng wajah tanpa mengenakan tudung. Menyedari gambar tersebut dimuat naik kepada umum, Neelofa segera memadamnya semula tidak lama kemudian.

Beberapa pengikut yang sempat melihat gambar tersebut mengakui terkejut dan menyangka akaun media sosialnya digodam pihak tidak bertanggungjawab. Nasib baik Neelofa cepat menyedari gambar terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.