fbpx
Now Reading
“Bertudung Bila Ada Majlis Agama Je” – #10yearchallenge Paling Win! Abby Abadi Bermuhasabah Dosa Pahala

“Bertudung Bila Ada Majlis Agama Je” – #10yearchallenge Paling Win! Abby Abadi Bermuhasabah Dosa Pahala

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

#10yearschallenge menyaksikan pelbagai wajah throwback selebriti di laman sosial sejak semalam.

Tidak terlepas, pelakon Abby Abadi yang turut berkongsi gambarnya sekitar tahun 2009.

Bagaimanapun, menariknya tentang cabaran yang disahut Abby itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut berpesan pada dirinya sendiri yang pernah terleka suatu ketika dahulu.

“Gambar first masa awal-awal jadi ibu tunggul, hihi.. Antara 2009/2010 kot..

“Tak insaf juga lagi masa ni. Tapi gambar tu bertudung sebab pergi ke program agama untuk stesen TV (bila ada program/majlis agama je baru pakai, kalau tak ke laut).

“Gambar kedua semalam lah (15/1/2019) hehe.. Masih hokeykan? Cuma lelemak je berlebihan. Insha-Allah akan diperbaiki,” tulisnya.

Tambah Abby, dia bersyukur diberikan keizinan Allah untuk berubah ke arah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Ramai yang bangga bila nampak sama macam dulu. Eh! takde beza, ehhh awet muda.

“Rambut cantik mergerbang indah katanya.. walhal dalam tak sedar, masih leka dan terus terleka dengan dunia

“Bersyukur sangat-sangat saya ni sebenarnya.. Allah tak matikan saya dalam keadaan saya lupa yang saya ni hamba Dia.

“10 tahun dulu dengan sekarang, saya bukan lagi orang yang sama, dengan macam-macam ujian yang menimpa, dengan emosi yang tak menentu, dengan anak-anak yang masih kecil masa tu.

“Allah selalu ada dan selalu beri peringatan untuk saya kembali pada Dia walhal masa tu saya sesat barat,” tambahnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.