fbpx
Now Reading
“Saya Tak Pernah Suka Dia Walau Seinci Pun, Tapi …” – Alyah Buka Cerita Tentang Tok Ram

“Saya Tak Pernah Suka Dia Walau Seinci Pun, Tapi …” – Alyah Buka Cerita Tentang Tok Ram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah mencipta impian untuk hidup bersama maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS atau lebih popular disapa Tok Ram.

Setiap inci dalam diri Ramli kata Alyah tidak pernah disukainya malah pelantun lagu Kisah Hati itu pun pelik bagaimana mereka boleh bersama.

“Saya tak pernah ada impian dan keinginan langsung untuk menyukainya malah saya tak pernah terfikir pun.

“Tetapi Allah aturkan saya berjumpa dia semula selepas kali pertama bertemu ketika saya menjadi penyanyi ganti di sebuah kelab dan akhrinya dia menjadi suami saya.

“Saya memang tak menggemari setiap inci pun Tok Ram, sampai hari ini pun pelik.

“Tetapi saya percaya Allah ada perancangan terbaik yang saya tak tahu, saya go with the flow,” kata Alyah ketika temu bual bersama DJ Nazz dalam segmen BegituBegini Gegar.

Alyah tidak menolak perbezaan usia 20 tahun juga membuatkan dia bercanggah pandangan dengan Tok Ram dan menyifatkan ia sebagai pasang surut kehidupan berumah tangga.

Biarpun begitu, tambah Alyah, suaminya memiliki kualiti yang menambat hatinya untuk bersama.

“Istimewanya Tok Ram apabila dia boleh melayan budak kecil walau anak saudara saya,” ujar Alyah.

Alyah dan Ramli berkahwin pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.