Adam, cinta baharu Azza Elite

PENYANYI dan pelakon, Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari berkongsi berita gembira tentang kehadiran insan baharu dalam hidupnya.

Menurut Azza kepada Sinar Harian, kehidupannya kini rasa lengkap dengan kehadiran cahaya mata, Adam, sejak beberapa bulan lalu.

Malah dia juga bersyukur apabila doanya dan suami, Azlan Zulaily, 32, untuk dikurniakan anak lelaki dimakbulkan ALLAH SWT.

“Adam dilahirkan pada 22 Oktober 2018. Sejak Adam ada, kehidupan kami rasa lengkap.

“Azza dan Azlan ada berdoa ketika berada di Makkah agar dikurniakan bayi lelaki. Jadi bila dapat anak anugerah ini, rasa seronok,” katanya.

Biarpun jadual hidup mereka berubah, namun wanita berusia 41 tahun ini tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana merasakan hari-hari mereka lebih bermakna.

“Kehidupan kami memang totally change. Balik kerja mesti cari Adam dulu.

“Alhamdulillah senang jaga Adam sebab tak banyak kerenah. Tapi masa tidur kami dah berubah.

“Mula-mula macam tak biasa tapi Alhamdulillah sekarang bertambah happy. Dulu sunyi je tapi sekarang tak lagi,”katanya.

Ditanya harapannya pada anak anugerah tersebut, Azza berkata, dia berharap Adam akan menjadi insan berguna pada agama dan bangsa.

“Azza nak Adam ada pegangan agama. Mesti belajar al-Quran. Tanpa al-Quran hidup kita akan hancur. Semoga ALLAH SWT melindungi anak-anak Azza,” ujarnya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago