Now Reading
Mengaku Buka Tudung, Emma Maembong Mohon Maaf

Mengaku Buka Tudung, Emma Maembong Mohon Maaf

Pelakon, Emma Maembong akhirnya mengaku sekeping gambar yang didakwa miripnya yang tidak bertudung adalah dirinya.

Dalam akaun Instagram peribadi selebriti itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 27, telah membalas komen peminatnya yang enggan mempercayai kewujudan gambar berkenaan.

Gambar panas itu mengundang pelbagai reaksi peminat apabila dia bukan sahaja tidak bertudung, malahan berpelukan dengan abang kepada salah seorang menteri Kabinet iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30.

Pelakon drama rantaian, Yess Boss itu bagaimanapun, menafikan sekeping lagi gambar berdua-duaan yang dipercayai dirakam di dalam sebuah bilik bersama Syed Abdullah adalah dirinya.

 

Selepas mengakui gambar tidak bertudung dan memeluk seorang lelaki adalah dirinya, pelakon Emma Maembong tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagramnya.

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, turut mengakui kelalaian sendiri dan terpanggil untuk meminta maaf daripada semua pihak yang terkesan dengan perbuatannya walaupun sedar, kemaafan sebenar harus dipohon ke hadrat Ilahi.

Pelakon Kimchi Untuk Awak itu juga merayu agar netizen menghentikan kecaman terhadap keluarga dan rakan-rakannya.

“Salam semua. Saya nak minta maaf atas salah saya lalai. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa kerana diri saya sendiri yang lalai.

See Also

“Maafkan saya. Terima kasih kepada yang memberi nasihat dan masih menyokong saya. Sayang anda semua,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online mendedahkan dua keping gambar didakwa mirip wajah Emma bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Dua keping gambar berkenaan menunjukkan wanita mirip Emma yang tidak bertudung memeluk leher Syed Abdullah, manakala sekeping lagi, berada di celah kangkang lelaki terbabit sambil memegang telefon bimbit dengan paha yang terdedah.

Sumber : K! ONLINE

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.