Alif Satar Bakal Hiburkan Penuntut Malaysia Di UK, London

Penyanyi dan juga pelakon, Alif Satar, bakal menghiburkan penuntut Malaysia di United Kingdom (UK) dengan mengadakan konsert jelajah di sana, minggu depan.

Alif yang bakal berangkat ke UK pada 13 Februari merancang untuk mengimbas memori dengan mempersembahkan lagu lama nyanyiannya buat pelajar Malaysia yang menuntut di kawasan Bristol dan Sheffield.

Gambar: Youtube

“Kita tidak tahu apa yang mereka lalui dan hadapi sepanjang merantau di negara orang. Jadi, persembahan saya nanti disifatkan sebagai antara penghargaan untuk mengubati kerinduan mereka terhadap tanah air.

“Saya sendiri tidak menyangka, lagu yang pernah dipopularkan oleh saya kembali diputarkan di corong radio. Terharu rasanya apabila peminat kembali mengimbas memori menyanyikan lagu seperti Akhiri Penantianku, Lelaki Seperti Aku dan banyak lagi.

“Lebih menarik, saya bukan sekadar mengadakan persembahan secara solo, sebaliknya ditemani oleh band iringan. Kami turut aktif memuat naik video di YouTube setelah mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat,” katanya kepada BH Online.

Gambar: Youtube

Alif juga turut meluahkan kesyukuran kerana tiket untuk persembahannya di dua bandar terbabit sudah habis terjual.

“Sudah lama sebenarnya saya menerima undangan untuk membuat persembahan di sana, tetapi asyik terikat dengan jadual kerja yang padat. Saya tidak sabar untuk menghiburkan mereka, apatah lagi selepas mendengar pengalaman beberapa artis lain yang pernah menjayakan persembahan sama, sebelum ini.

“Ia tentunya pengalaman menarik buat saya dan band yang bakal mengiringi persembahan nanti. Memandangkan saya suka melancong, sambil bekerja, dapat juga saya berjalan-jalan pada masa yang sama,” kata Alif yang akan berada di sana selama seminggu.

Sumber: Berita Harian

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

30 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago