fbpx
Now Reading
Isteri Irwansyah Tak Halang Suaminya Berpoligami?

Isteri Irwansyah Tak Halang Suaminya Berpoligami?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isteri kepada pelakon popular Indonesia, Irwansyah, Zaskia Sungkar mengakui tidak menghalang untuk suaminya berpoligami.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di YouTube, Zaskia mengakui tidak bersedia untuk berpoligami namun memilih tidak menghalang Irwansyah untuk berkahwin lagi.

“Sejujurnya saya tidak boleh menghalang dan saya juga rasanya belum bersedia untuk berpoligami.

“Tapi jika ini berlaku saya tidak akan menentang. Kalau mahu berkahwin satu lagi silakan.

“Sebagai seorang isteri, siapalah saya untuk menentang hukum yang sudah ditentukan namun saya juga akan cuba berbincang dahulu sebelum suami berpoligami,” ujarnya menerusi sebuah video di YouTube, The Sungkars Family.

Irwansyah dan Zaskia, juga seorang pelakon dan penyanyi, belum dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

Sumber:Liputan6.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.