Now Reading
Ini Komen Cik Manggis Apabila Dikatakan Biadap Oleh Netizen

Ini Komen Cik Manggis Apabila Dikatakan Biadap Oleh Netizen

[video src="https://www.instagram.com/p/Bt93JATgepk/"]

Penyanyi kumpulan De Fam, Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin menjawab tuduhan segelintir netizen yang mengatakan dia biadap dengan ayahnya.

Sebelum ini Cik Manggis memuat naik sebuah video beliau bergurau dengan ayahnya menggunakan pistol mainan.

 

Ramai yang terhibur dengan video kemesraan seorang anak bergurau dengan ayahnya, tetapi pada masa yang sama ada yang menganggapnya biadap.

Dalam satu lagi entri bergambar bersama ayahnya, Cik Manggis menulis.

See Also

“Ini ayah saya. Mesra dengan panggilan Uncle Sam. Masa kecik dulu ayah selalu pesan, “Belajar baik2, dah besar jadi MANUSIA”. Dulu anggap perkara tu remeh.

Yang sentiasa terlintas dalam fikiran adalah “laaaa kita ni kan ‘orang’.. dah tentu orang dengan manusia tu sama.” Dah besar ni baru faham erti ‘MANUSIA’ sebenar. Terima kasih Ayah,” tulis Cik Manggis lagi.

Menurut Cik Manggis lagi, cara kita tunjukkan kasih sayang dekat orang tua kita mungkin berbeza, tapi ada satu perkara yang sama, tapi menurutnya dia menyayangi ayahnya seperti orang lain menyayangi ayah mereka.

Cik Manggis merupakan anak kepada pemain dram kumpulan The Zurah II, Shamsuddin Idris yang turut dikenali sebagai Sam.

Sumber : Gempak.com

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.