fbpx
Now Reading
“Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada” – Anzalna Buat Kejutan Hadiah Kereta Kepada Ibu dan Ayah

“Santunilah Ibu bapamu sementara mereka masih ada” – Anzalna Buat Kejutan Hadiah Kereta Kepada Ibu dan Ayah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BuJO3ybA0Un/"][video src="https://www.instagram.com/p/BuK5UwjA0GL/"]

Aktres jelita, Anzalna Nasir menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes-Benz kepada ibu dan bapanya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3 semalam.

Perkara itu dikongsi Anzalna menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

Di entri tersebut, Anzalna memuat naik sepotong video ketika berada di kedai kereta tersebut bersama suaminya, Hanif Zaki.

Berdasarkan video itu, Anzalna dan Hanif merancang untuk membuat kejutan kepada ibu bapa Anzalna dengan menghadiahkan kereta itu kepada mereka.

Pada mulanya, Hanif mengatakan kereta itu dihadiahkan buat Anzalna dan mengajak ibu dan bapa mertuanya itu pergi ke kedai kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, Anzalna memberi tahu kedua ibu bapanya bahawa sebenarnya, kereta itu dihadiahkan buat mereka.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Anzalna meluahkan rasa syukur dan gembira serta berharap agar rumah tangganya bersama Hanif terus diberkati hingga ke akhir hayatnya.

“I don’t know what future holds for us, but I always pray to Allah to bless our marriage and that I will be able to hold him until the very last of my breath,” tulisnya.

Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 dan kini sedang hamil empat bulan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.