fbpx
Now Reading
10 Perkara Anda Perlu Ingat Sebelum Menonton Avenger: Endgame

10 Perkara Anda Perlu Ingat Sebelum Menonton Avenger: Endgame

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Treler Avengers: Endgame telah menjadi bualan ramai orang sejak ia dikeluarkan pada 14 mac yang lalu. Semua pastinya tidak sabar untuk mengetahui kesudahan cerita tersebut. Avengers: Endgame yang bakal ditayangkan pada 24 mac 2019 2 hari lebih awal dari tayangan di Amerika dengan durasi selama 3 jam ini pasti akan membuatkan semua berasa teruja. Sebelum itu, jom kita imbas kembali 10 perkara yang anda perlu ingat sebelum menonton Avengers: Endgame.

10. Separuh Dari Alam Semesta telah mati.

Avengers: Infinity War berakhir dgn babak yang sangat mengejutkan penonton. Selepas Berjaya mengumpul kesemua ‘Infinity Stones’ dan ‘Infinity Gauntlet’, Thanos Berjaya mencapai matlamatnya dengan melenyapkan separuh dari semua hidupan alam semesta. Avengers:Endgame pastinya akan bermula dengan babak sedih dimana semua watak meratapi kehilangan sahabat mereka.

9. Kesemua ‘Infinity Stones’ dimiliki oleh Thanos.

Pada babak bonus diakhir Avenger:Infinity War kita dapat lihat Thanos telah mengantungkan baju perisainya di sebuah ladang. Ramai penonton menganggap Thanos telah berundur dan tidak akan menentang wira Avengers lagi. Kita perlu ingat bahawa kesemua ‘Infinity Stones’ masih berada pada Thanos menjadikan dia antara makhluk yang paling berkuasa pada masa itu. Ahli Avengers semestinya akan kembali menentang Thanos dan penonton pasti akan dihidangkan dengan pertembungan ‘Epic’ di dalam Avengers: Endgame.

8. Dr. Strange tahu semuanya

Dengan menggunakan ‘Time Stone’ Dr. Strange seorang ahli sihir terhebat bumi telah melihat kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada masa hadapan. Dr. Strange telah melihat sebanyak lebih 14 juta kemungkinan dimana hanya 1 sahaja cara yang membolehkan Avengers menang menentang Thanos. Tindakan2 Dr. Strange banyak menimbulakan persoalan kepada penonton semasa mereka bertembung dengan Thanos yang mengakibatkan Dr.Strange memberi ‘Time Stone’ kepada Thanos. Dr.Strange semestinya sudah mengetahui bahawa tiada jalan lain untuk menang selain menyerahkan ‘Time Stone’ dan menyelamatkan Tony Stark a.k.a IronMan. Sama2 kita lihat sama ada keputusan Dr.Strange ini bakal memberi kemenangan kepada Avengers atau tidak.

7. Hulk dan Bruce Banner bukan dalam keadaan baik

Selepas dibelasah teruk oleh Thanos, Hulk seakan-akan ‘Trauma’ untuk berhadapan dengan orang lain. Hulk terus bersembunyi didalam badan Bruce Banner dan tidak mahu menyertai rakan2 nya menetang Thanos. Oleh itu, Bruce Banner terpaksa berlawan mengunnakan ‘Hulk Buster’ iaitu baju perisai ciptaan Tony Stark untuk menetang askar Thanos. Semua pasti mahukan Hulk untuk kembali didalam Avenger:Endgame untuk lebih aksi betulkan?

6. Iron Man terkandas di angkasa

Selepas pertembungan dengan Thanos di planet Titan, Tony Stark a.k.a IronMan dan Nebula menyaksikan rakan2 mereka lenyap di hadapan mata mereka. Berdasarkan treler Avenger:Endgame, mereka telah mengunakan kapal ‘Benitar’ milik Guardian of the Galaxy untuk melepaskan diri ke angkasa dan ia kelihatan seperti mereka terkandas di angkasa tanpa hala tuju. Siapakah yang akan menyelamatkan mereka? Dapatkah mereka mengharungi keadaan itu? sama2 kita lihat nanti.

5. Senjata baru Thor

Dalam Avenger:Infinity War, Thor telah pergi ke ‘Nevadilir’ untuk menempa satu senjata baru untuk mengalahkan Thanos. Selepas beberapa cabaran yang mereka lalui, satu senjata baru dapat dicipta iaitu ‘StormBreaker’ satu senjata yang lebih hebat dari senjata lama Thor iaitu tukul ‘Mjolnir’. Senjata baru ini membolehkan Thor bergerak ke planet atau Universe yang lain dengan menggunakan laluan ‘Bifrost’. Satu kelebihan yang hebatkan. Senjata ini juga mampu menandingi Thanos dan telah Berjaya mencederakan Thanos.

4. Keadaan Valkyrie masih tidak diketahui

Valkyrie merupakan karekter yang diperkenalkan dalam Thor:Ragnarok. Valkyrie telah hilang semasa Thanos menyerang kapal yang dinaiki oleh Thor. Lokasi Valkyrie masih tidak dapat dikesan dan berkemungkinan Valkyrie akan muncul semula dalam  Avenger:Endgame untuk membantu Thor menentang Thanos.

3. The Vision telah mati… Mungkin?

The Vision telah dibunuh oleh Thanos untuk mendapatkan ‘Mind Stone’ yang tertanam dikepala Vision. Persoalanya adakan The Vision betul2 telah mati atau pun masih hidup kerana minda Vision berada didalam ‘Mind Stone’? Ataupun Vision terperangkap didalam ‘Mind Stone’? Persoalan ini bakal terjawab di dalam Avengers: Endgame.

2. Ant-Man terperangkap di dalam “Quantum Universe”

Di akhir babak filem Ant-man and The Wasp kita dapat lihat bahawa Ant-man telah terperangkap di dalam ‘Quantum Realm’. Ant-man tidak dapat keluar kerana Dr. Hank Pym dan isterinya serta The Wasp yang sepatutnya mengeluarkan Ant-man dari situ telah lenyap. Ramai berpendapat bahawa Ant-man akan menemui jalan penyelesaian untuk menewaskan Thanos dan mengembalikan keadaan kepada sedia kala dengan menggunakan ‘Quantum Realm’.

1. Captain Marvel On the way to the rescue.

Selepas Thanos Berjaya melenyapkan separuh hidupan di alam semesta, Nick Fury sempat memanggil Captain Marvel untuk kembali ke Bumi. Seperti yang telah dinyatakan oleh Marvel, Captain Marvel merupakan wira terkuat dan berkemungkinan akan menjadi penyelamat kepada keadaan semasa. Mungkin peratus kemenangan Avengers akan meningkat dengan kembalinya Captain Marvel untuk menentang Thanos.

Jangan lupa untuk menonton Avenger:Endgame dipawagam pada 24 Mac 2019!

Sumber: Mojo.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.