fbpx
Now Reading
[VIDEO] Pengakuan Micheal Ang, Sudah Masuk Islam Lebih Setahun Lalu

[VIDEO] Pengakuan Micheal Ang, Sudah Masuk Islam Lebih Setahun Lalu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, pelakon dan pengarah Michael Ang hari ini telah mengesahkan dia sudah memeluk agama Islam lebih setahun lalu.

Perkara tersebut disampaikan sendiri oleh pengarah berusia 43 tahun itu menerusi sebuah video eksklusif yang dimuat naik di saluran Youtube Official Ria X.

Sudah lebih setahun bergelar seorang Muslim

“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari,” katanya.

Tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah

“Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.

“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” katanya.

Tambahnya pula, dia masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah memeluk Islam.

Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan dia sudah bergelar mualaf semenjak mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.

Video pengakuan eksklusif Michael:

Sumber : Michael Ang , Official Ria X

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.