
Nutty Nathamon Youtuber Cantik Dari Thailand Yang Fasih Berbahasa Melayu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau di tanya kenalkah anda nama Nutty Nathamon, pasti rata-rata akan tercengang dan tertanya siapakakah gerangan pemilik nama tersebut. Gadis berasal dari Thailand ini sebenarnya adalah seorang Youtuber yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang agak berjaya.
Untuk seorang individu yang bukan berstatus selebriti, kedudukan dia boleh dikatakan agak gah dengan pengikut seramai 531,000. Bukan sikit tau!


Nutty yang turut dikenali dengan nama Leeah ini boleh dikatakan agak terkenal dengan kebolehannya bercakap dan menyanyi dalam Bahasa Melayu. Antara lagu yang pernah gadis ini cover di saluranya Youtube nya adalah lagu Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Bukan Cinta Biasa dan lagu Luluh – Khai Bahar
Not bad kan untuk orang luar negara yang mana bahasa melayu bukan bahasa ibunda mereka? Selain dari menyanyi gadis ini turut lincah dalam menari, Sebagai selingan apakata anda saksikan cover tarian dari Nutty untuk lagu Black Pink – Kill this love.
Tak mustahil gadis berpakej lengkap yang lincah dan berbakat seperti ini dipikat YG Entertainment sepertimana Lisa dari Blackpink yang juga asalnya dari Thailand