Rasanya ramai tahu yang Bella Astillah, bekas isteri kepada Aliff Aziz ini mempunyai seorang adik yang juga seorang penyayi dan pelakon iaitu Didi Astillah.
Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, Bella telah memuat naik video cover tarian lagu Lil Boom , iaitu Already Dead yang dilakukan mereka berdua . Difahamkan rakaman cover tarian itu dibuat tanpa perancangan sewaktu Bella menghantar Didi ke satu sesi shooting.
Video Tarian yang asalnya dari Dance Challenge dari Tiktok itu setakat ini telah mendapat 415 ribu tontonan hanya dalam masa 2 hari. Wow byk kan!
Rata-rata pengikut terhibur menyaksikan aksi lincah dua beradik ini menari dan ramai juga yang berpendapat mereka bagaikan kembar. Tengok dari gaya dorang berdua ni dah layak dah tubuhkan kumpulan ala ala K-pop. Haha