
Artis Baru ini Disangka Penyanyi Dari Korea, Rupanya Anak Bekas MB
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kalau dilihat sekilas pandang gambar ini , pasti ramai menyangkakan ini adalah foto bintang K-Pop, G-Dragon ( Kwon Ji Yong)

Dengan wajah yang hampir seiras bintang terkenal itu, fasih berbahasa korea serta gaya pakaian dan mekap yang lebih kurang ,pasti ramai yang percaya pemuda dalam gambar ini jika bukan G-Dragon pun, sekurang-kurangnya pasti berasal dari Korea bukan?


Namun hakikatnya pemuda ini adalah penyanyi baru dari Malaysia, Cash Farhan yang baru saja mengeluarkan solo pertamanya yang berjudul Trust pada bulan Jun yang lalu.
Cash Farhan atau nama betulnya Muhd Asyrol Farhan Ahmad adalah anak jati terengganu dan dia dia merupakan anak bongsu kepada bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Dato Seri Ahmad Said.
Mengakui memang meminati kumpulan Big Bang dan menjadikan mereka sebagai sumber inspirasinya,lagu solo pertama penyanyi muda ini juga dilihat mengetengahkan muzik K-Pop; 95% elemen muzik K-pop termasuk tariannya.
Yang membezakan? Hanyalah bahasa. Tonton Muzik Video Penuh di bawah :
Apa-apa pun semoga Cash Farhan berjaya dalam industri muzik yang memang diminati nya dari kecik.