TOP 10 Akaun Intagram Paling Famous Di Malaysia 2019

Dunia setiap hari bergerak pantas, setiap hari ada saja perubahan demi perubahan, begitu juga dunia internet.  

Kalau anda masih ingat artikel ini yang ditulis oleh mStar pada tahun 2014, Nora Danish pada ketika itu mengungguli senarai sebagai orang paling berpengaruh di Instagram di Malaysia, namun kini selepas 5 tahun banyak perubahan yang dilihatkan.

Malah tempat lima (5) teratas juga selalu berubah-ubah. Yelah kan ,setiap hari pasti ada sahaja pengguna baru di Instagram; samada pengguna dari media sosial popular yang lain ataupun mereka yang baru berkecimpung dalam dunia media sosial.

Jadi kat sini kami kongsikan secara countdown Top 10 Akaun Instagram paling berpengaruh di Malaysia untuk Q3 tahun 2019.

#10 AMYRA ROSLI 4.7 JUTA (4,738,172) PENGIKUT

Amyra Rosli, pelakon dan model terkenal juga pasangan kepada Pelakon,Amar Baharin di tempat ke 10 dengan 4,738,172 . Dia yang baru masuk kedalam senarai top 10 setelah mengenepikan Elfira Loy dengan perbezaaan 60,000++ pengikut.

#9 FAZURA 4.7 JUTA (4, 785,646 PENGIKUT)

Fazura, pelakon model dan penyanyi terkenal di tempat ke 9 , dengan jumlah pengikut seramai 4,785,646. Agak menurun dari kedudukan pada awal tahun. Isteri kepada Pelakon Fattah Amin ini juga baru-baru ini telah menceburkan diri ke dunia fesyen .

#8 SCHA ALYAHYA 4.9 JUTA ( 4,990,422)

Scha AlYahya di tempat ke 8 dengan pengikut seramai 4,990,422. Scha yang juga isteri kepada Awal Ashaari dan ibu kepada si kecil Lara Alana, merupakan model, pelakon dan host yang terkenal. Jika diikutkan , sekiranya boleh digabungkan akaun IG mereka bertiga, pasti keluarga ini akan mengungguli kedudukan Top 10 IG di Malaysia.

#7 JANNA NICK 4.9 JUTA ( 4,994,164 )

Janna Nick di tempat ke 7 dengan jumlah pengikut seramai 4,994,164. Pelakon dan penyanyi berasal dari Sg Petani ini antara selebriti Malaysia yang masih solo dan digilai ramai.

#6 MIRA FILZAH 5 JUTA ( 5,086,177)

Mira Filzah, gadis cantik berhijab yang menjadi pujaan ramai lelaki di Malaysia di tempat ke 6 dengan jumlah pengikut seramai 5,086,177. Semakin diminati dari saban ke hari malah popular dengan video viral nya ‘Baby Sayang’.

#5 HANIS ZALIKHA 5JUTA ( 5,126,624 )

Di tempat ke 5 dengan jumlah pengikut seramai 5,126,624, Hanis Zalikha blogger terkenal , seorang pelakon dan kini mula menceburi bidang fesyen meninggalkan Mira Filzah dengan perbezaan 40 ribu pengikut. Isteri kepada pelakon aksi terkenal Hairul Azreen ini tidak mustahil akan terus melonjak rankingnya memandangkan namanya semakin dikenali dan rekodnya yang bersih dari sebarang kontroversi.

#4 NORA DANISH 6.2 JUTA (6, 203,358 )

Nora Danish, selebriti yang dulunya memonopoli kedudukan Intsagram di Malaysia kini berada di kedudukan ke 4 dengan pengikut seramai 6,203,358 meninggalkan jauh Hanis Zalikha di tempat ke 5 dengan perbezaan 1 juta ++

#3 NEELOFA 6.4 JUTA ( 6,474,709)

Pelakon, pengacara ,model dan usahawan terkenal, Neelofa di tempat ke 3 jatuh 1 anak tangga dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 6,474,709. Namun pengaruh sebenar gadis cantik ini di campurkan dengan pengikutnya yang setiap hari makin bertambah tidak mustahil mampu melonjakkan kembali kedudukannya.

#2 ZIZAN RAZAK 6.4 JUTA ( 6,475,590 )

Pelawak tersohor Malaysia yang juga seorang pelakon dan usahawan, Zizan razak di tempat ke 2 . Lelaki tunggal yang termasuk dalam senarai Top 10 IG di Malaysia dengan jumlah pengikut 6,475,590. 800++ pengikut lebih dari Neelofa.

#1 DATUK SITI NURHALIZA 6.6 JUTA ( 6,636,616 )

Penghibur No 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti masih mengekalkan kedudukan nya di No 1 semenjak awal tahun dengan pengikut seramai 6,636,616 , boleh dikatakan 20% dari populasi rakyat Malaysia.


Pengiraan dilakukan setakat 22 Ogos 2019

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago