fbpx
Now Reading
Coretan Sedih Faizal Tahir , Sebelum Umum Undur Diri Buat Seketika.

Coretan Sedih Faizal Tahir , Sebelum Umum Undur Diri Buat Seketika.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2CBpDcJl_v/

Faizal Tahir , semalam melalui Instagramnya mengumumkan untuk berehat panjang daripada Industri hiburan kerana terlalu terkejut mendapat perkhabaran mengenai pemergian sahabatnya, gitaris popular Aji akibat serangan jantung di sebuah pusat perubatan di Bukit Rimau, Shah Alam.

Sebelum ini penyayi popular itu sudah dikejutkan dengan pemergian satu lagi sahabat rapatnya pemuzik Wan Kelly yang meninggal dunia 4 bulan lalu dalam satu sesi latihan dan ujian bunyi di sebuah taman taman teman popular di Ipoh,Perak.

Ajie bermain gitar di Kiri, Wan Kelly di Kanan gambar bermain Bass, Faizal Tahir Vokal dan Azim Jenkali bermain Dram

FT yang begitu terkesan menyifatkan kedua kejadian itu sebagai kehilangan yang sangat besar buat dirinya, malah coretan panjang lebar penyanyi terkenal itu bagaikan isi hatinya yang terbuku sehingga nekad untuk mengundur dua buat seketika.

“Dua sudah pergi. Hanya dalam masa empat bulan, saya kehilangan dua insan penting yang saya anggap sebagai saudara dan tunjang utama dalam kumpulan band. Kekuatan serta asas persembahan saya secara langsung.

“Setelah sekian lama, mereka sentiasa ada menghulur bantuan dan memberikan dorongan setiap kali  saya memerlukannya.

Faizal Tahir dalam tulisan tersebut turut mengumumkan pembatalan konsert bersakala besar yang telah dirancangnya sebelum ini.

“Walaupun mereka sudah pergi namun saya tidak akan menggantikan tempat mereka. Tanpa mereka, aura persembahan live saya tidak akan sama seperti sebelum-sebelum ini,”

“Saya rasa ini masa terbaik untuk  mengumkan bahawa tidak ada konsert berskala besar seperti yang di rancang. Namun berharap ianya akan diadakan pada masa akan datang sebelum saya mengundurkan diri.

Saya tak percaya pada kebetulan, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya, dan apa yang terjadi harini pasti ada juga sebabnya.  Ini juga bagai satu peringatan ,dan suatu petanda untuk saya. Petanda untuk saya mengundurkan diri.

“Ya perasaan saya remuk, dan patah hati.. namun saya tahu kalian berada di suatu tempat yang sangat indah, yang kami disini hanya mampu untuk membayangkannya sahaja.

“Kalian berdua adalah manusia hebat, suci dan berhati mulia. Allah lebih sayangkan kamu saudara.. Masa saya juga pasti tiba cuma saya masih disini dan saya percaya ada banyak lagi ibadah dan tanggungjawab yang perlu saya lakukan dalam hidup sebelum dapat berjumpa kalian berdua kemball. Allah Maha Mengetahui. Innalillahi wa’inna ilahi raji’uun. – Faizal Tahir

Semoga Faizal Tahir tabah . Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.