
Umur Tak Tentukan Tahap Kematangan, Atikah Suhaime Cari Lelaki Buncit
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lama tak dengar cerita pasal Atikah Suhaimie kan, pelakon wanita kelahiran Singapura yang popular dengan Filem “Highland Tower” dan “Volkswagen Kuning” yang dulu kerap dikaitkan dengan isu berpakaian seksi malah “kerap belanja” dalam IG miliknya.

Atikah Suhaimie atau nama sebenarnya Nor Atikah Mohd Suhaime juga pernah mengejutkan dunia hiburan selepas perkahwinan dia bersama seorang lagi penyanyi terkenal dari Singapura, Awi Rafael dibatalkan oleh bapa Atikah pada saat akhir.
Namun nama gadis ini tiba-tiba menjadi sebutan oleh netizen, terutamanya kaum Adam, gara-gara jawapannya dalam satu temu bual bersama Hot FM yang agak melucukan malah turut dikongsikan di Instagram miliknya, mengenai ciri-ciri pasangan lelaki yang dia impikan.

Dan seperti yang sudah diagak oleh sesiapa sahaja; ciri terpenting ada lah stabil dari segi kewangan dan seharusnya berpewatakan lucu. Namun yang menarik perhatian semua orang adalah ciri-ciri yang ketiga yang diinginkan oleh Atikah iaitu buncit.
“Saya mahukan lelaki yang stabil kewangannya, dan tak kisah mengenai umur kerana umur tidak menunjukkan tahap matang seseorang”
“Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berumur 60 tahun , namun berperangai kebudak-budakan
“Lelaki itu juga mestilah berpewatakan lucu dan pandai melawak, dan saya suka seorang yang buncit” ujarnya sambil ketawa
Haha, So korang yang rasa ada 3 ciri-ciri tu boleh la try komen kat Istagram dia manalah tahu ada peluang nak memenangi hati gadis ini .