Saya Rela Tak Berlakon Jika Drama Masih Di Takuk Sama- Fazura
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hampir 15 tahun dalam dunia hiburan, rasanya nama Fazura tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula dikenali sebagai Hos Teens World , dan kemudiannya meletup menerusi Filem Gol & Gincu namanya terus melonjak naik.Namun samaada korang perasan atau tak , dia kini semakin kurang di lihat di TV kan?
Malah kemunculannya yang paling baru pun ialah pada 2 tahun yang lepas sewaktu membintangi filem Ayat-ayat Cinta 2.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin kini sebenarnya lebih memberi tumpuan pada kerjaya nyanyian dan bidang rekaan fesyen yang telah diceburinya dari tahun 2012
“Pada fasa sekarang, limpahan glamor atau populariti bukan lagi keutamaan. Saya masih ingin berlakon, terutama drama, namun melihat aliran terkini yang masih mengekalkan tema cinta stereotaip, membuatkan saya terpaksa melupakannya buat seketika.
“Saya lebih rela tidak berlakon jika drama kita masih pada takuk sama. Prinsip saya, biarlah tidak selalu muncul di skrin televisyen asalkan naskhah yang saya jayakan mampu memberi impak kepada penonton dan berbeza daripada apa yang sering disajikan.
“Saya tidak akan menggadai prinsip itu hanya kerana mahu kelihatan relevan, sedangkan hasilnya nanti langsung tidak memuaskan hati,” katanya.
Berdasarkan apa yang sudah dikecapi nya kini, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini turut menjelaskan yang sekarang bukan lagi masa untuk dia mengambil apa saja tawaran yang datang, demi membuktikan yang dia masih laris dan relevan sebaliknya menjaga nilai ekslusif sebagai seorang selebriti yang benar berbakat.
“Saya lebih selesa memilih untuk menjaga nilai eksklusif. Kalau berbakat, kemasyhuran akan datang tanpa kita perlu mengejarnya. Sebagai pelakon, jika kita bagus, tiada siapa yang akan mempertikai perkara itu.
“Bagi saya, daripada sibuk membuktikan diri sebagai artis paling laris mendapat tawaran berlakon, lebih baik saya fokus kepada usaha memperbaiki mutu lakonan.
“Saya lebih suka orang melihat bakat lakonan, karya dan jalan cerita filem yang saya jayakan,” katanya.
Dia yang ditemui Berita Harian, difahamkan akan membuat come back dalam satu filem terbaru, Dendam Pontianak yang dihasilkan oleh Tiger Tiger Pictures dan Edaran Primewors Studios
Dendam Pontianak arahan Glen Goei dan Gavin Yap ini, menggandingkan Fazura dengan Remy Ishak sebagai peneraju utama k bakal menemui peminat di pawagam pada 12 September ini.