fbpx
Now Reading
Isu Rumahtangga Nabila -Neelofa Sindir Sharnaaz ?

Isu Rumahtangga Nabila -Neelofa Sindir Sharnaaz ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata yang mengikuti perkembangan dunia hiburan pasti tahu krisis yang sedang melanda rumahtangga Sharnaaz Ahmad – Noor Nabila.  Kakak kepada pengacara terkenal Neeloofa itu baru-baru ini telah memfailkan penceraian terhadap suaminya namun sewaktu di mahkamah, pelakon terbabit dikatakan menolak tuntutan cerai tersebut kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang sudah terbina selama 2 tahun

Hakim Syarie Ahmad Mutaqqi kemudiannya memutuskan bahawa kedua-dua mereka perlu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP)

Namun tidak lama selepas itu, Neelofa dilihat telah memuat kenyataan di akaun Twitternya , dengan caption yang tertulis : “Saya baru menonton ‘drama’ terbaik. Cuba teka siapa pelakonnya ? Anda memang hebat” . Tidak diketahui untuk siapa namun jika diamati keadaan semasa, ianya dilihat seakan-akan ditujukan kepada abang iparnya, Sharnaaz.

Malah tambah Neelofa, dia jarang meluahkan isi hatinya namun keadaan yang terjadi pada ketika ini sudah agak melampaui batas.

Pengikut Neelofa dan netizen yang melihat sindiran-sindiran itu membuat spekulasi yang semua kata-kata tersebut ditujukan khas buat untuk Sharnaaz, kerana menolak tuntutan cerai Nabila.

Dia turut menitipkan doa mengharapkan perjalanan kisah kakaknya dipermudahkan dan  orang ramai dapat mengetahui perkara yang sebenar.

Apa-apa pun, hanya Neelofa yang tahu apa sebenarnya yang dia cuba sampaikan dan kepada siapa sebenarnya kenyataan tersebut ditujukan. Malah penulis sendiri bersetuju yang Neelofa seorang yang profesional dan selalu bersikap rasional dalam apa sahaja tindakannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.