fbpx
Now Reading
Akhiri Zaman Bujang, Pereka Fesyen Terkenal Rizman Nordin Kini Suami Orang

Akhiri Zaman Bujang, Pereka Fesyen Terkenal Rizman Nordin Kini Suami Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2VjjZQgoS-/

Pereka fesyen terkenal yang juga antara pereka kegemaran Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rizman Nordin hari ini sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Nurida Suraya .

Foto IG Datuk Seri Siti Nurhaliza

Hanya dengan sekali lafaz, mereka sah disatukan dalam satu majlis akad nikah yang dia adakan di ruang aca Glasshouse Seputeh , Kuala Lumpur pada kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat (13 Sept 2019)

Dipetik dari Gempak,  Rizman menyerahkan mas kahwin 300, sebentuk cincin dan seutas rantai, wang hantaran yang dirahsiakan serta lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh Nurida.

Busana serba putih

Foto IG Datuk Seri Siti Nurhaliza

Pasangan mempelai ini kelihatan sama cantik dan sama padan dengan busana serba putih. Malah mereka dilihat begitu serasi sewaktu upacara membatal air sembahyang dan menyarung cincin.

Ruzaini jadi saksi

Pereka Terkenal Ruzaini, sahabat baik juga pemilik bersama Jenama RizmanRuzaini turut hadir sebagai saksi sewaktu sesi akad nikah.

Majlis tersebut turut dihadiri rakan selebriti lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Datuk K, pereka fesyen Hatta Dolmat, Nur Fazura bersama Fattah Amin, Erra Fazira ,Alvin Chong, Model Tini serta ramai lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.