fbpx
Now Reading
Nampak Lauk Macam Ayam Rupanya Daging Khinzir- Aaron Kongsi Pengalaman Di Hongkong

Nampak Lauk Macam Ayam Rupanya Daging Khinzir- Aaron Kongsi Pengalaman Di Hongkong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon popular kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz berkongi pengalamannya  sewaktu menjalani penggambaran untuk satu filem Aksi di Hong Kong, Undercover Punch and Gun

Dipetik dari Gempak, Aaron menceritakan yang semua urusannya semasa sesi penggambaran tersebut berjalan dengan lancar namun ada berapa perkara yang perlu di beri perhatian.

“Semua urusan berjalan dengan lancar ketika di Hong Kong, cuma ada beberapa perkara yang saya harus beri perhatian

“ Sebelum berlakon mereka ada buat satu upacara berdasarkan kepercayaan mereka untuk melancarkan proses penggambaran.

“Selain itu, saya juga harus berjaga-jaga ketika mahu  makan, saya ada nampak lauk seperti ayam, nampak garing rupanya daging khinzir” turutnya.

Filem tersebut, adalah filem aksi Jenayah Hong Kong yang diarahan oleh Phillip Lui dan Frankie Tam dan telah pun di tayangkan pada 29 Jun yang lalu.

Selain Aaron, Undercover Punch and Gun tersebut turut dibintang pelakon-pelakon hebat seperti  Phillip Ng, Andy Onimal, Aka Chio dan ramai lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.