fbpx
Now Reading
Mamat Exists Rancang Masuk Pusat Pemulihan Selepas Tamat Konsert

Mamat Exists Rancang Masuk Pusat Pemulihan Selepas Tamat Konsert

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mamat Exists, bekas vokalis utama kumpulan lagenda ini yang akan menyertai mereka dalam 2 konsert besar pada bulan ini dikatakan menyimpan hasrat untuk masuk ke pusat pemulihan bagi mendapatkan rawatan ketagihan dadahnya.

Dia yang ditemui Astro Gempak turut merasakan ini waktu yang sesuai kerana dia kini dikelilingi rakan dan keluarga yang menyokong kuat niatnya untuk berubah; perasaan yang telah dia simpan bertahun lamanya.

“Saya dah berubah sejak setahun lalu dan menyimpan hasrat untuk masuk pusat pemulihan, namun waktu itu tiada dorongan. Sekarang saya mendapat dorongan kuat daripada kawan-kawan dan keluarga, saya akan mendapatkan rawatan selepas konsert kami selesai nanti”

“Selepas ini, saya kena berhati-hati dalam memilih kawan supaya dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi terjebat dengan kesalahan yang sama lagi selepas ini. Apapun, saya sekali lagi memohon maaf pada semua peminat yang menyokong saya”

Terdahulu, Mamat ditahan polis di Johor Bahru pada Ahad lalu atas kesalahan dadah dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis pada selasa lepas.

Artikel berkaitan disini : Mamat ditahan polis tapi konsert Exists tetap berjalan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.