“Saya Keluar Cara Baik” – Zimi Tinggalkan Akim & The Majistret
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Akim & The Majistret(ATM) kini hanya tinggal berlima selepas Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Azhar mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan popular terbabit sejak tiga minggu yang lalu.
Zimi yang ditemui Harian Meto menyatakan keputusan itu diambil selepas dia mempertimbangkan beberapa perkara lain dan dalam masa yang sama menyatakan mungkin bukan rezekinya untuk kekal bersama mereka ATM.
“Saya masuk cara baik, jadi saya keluar pun cara baik. Saya sudah maklumkan pengunduran saya ini kepada semua ahli kumpulan yang lain”
Rezeki dan jodoh bersama ATM setakat ini sahaja. Mungkin Allah SWT sudah mengaturkan perjalanan saya yang lain pula” kata zimi lagi
Zimi yang percaya dia mampu bergerak sendiri kerana minat mendalamnya terhadap muzik bagaimapun engan berkongsi sebab utama pengunduran drastiknya kepada orang ramai.
Zimi yang juga pemuzik dan ketua kumpulan Sofazr menyertai ATM sejak dari penubuhannya 5 tahun yang lalu . Hasilnya ATM, band hasil gabungan Akim dan pemuzik dari kumpulan-band yang berbeza berjaya mencetus satu fenomena baru dalam industri muzik Malaysia sehingga ATM berjaya memenangi beberapa anugerah berpestij malah lagu mereka menjadi siulan anak muda.
Terbaru dipetik dari Mstar, Zimi mendedahkan tiada persefahaman dan perbezaan ideologi menjadi punca mengapa dia meninggalkan kumpulan terbabit.
Untuk ATM, saya doakan mereka berjaya dan teruskan perjuangan dengan idea awal penubuhan kumpulan ini. Saya harapkan mereka tak stop ATM kerana ia usaha dan penat lelah kami untuk sampai ke tahap ini
Sejujurnya saya berasa sedih dan kecewa apabila perlu meninggalkan kumpulan ini – Zimi
Zimi bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja selepas ini dan menerbitkan lagu untk orang lain.
Lagu “Yang Satu’” bersama ATM merupakan karya terakhir Zimi yang menggunakan nama pena “Laq’ bersama kumpulan itu.