fbpx
Now Reading
Belum Sampai Sebulan, Pak Nil Kehilangan Seorang Abang Lagi

Belum Sampai Sebulan, Pak Nil Kehilangan Seorang Abang Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2g7XKbgUyK/

Belum pun sampai sebulan selepas kehilangan seorang kekandanya,Azmir Nawawi pada 19 Ogos yang lalu, diberitakan semalam seorang lagi abang kepada pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertarung dengan kanser.

Menerusi laman Instagramnya semalam, Aznil atau lebih mesra dipanggil Paknil telah berkongsikan kepada umum kisah sedih mengenai pemergian abangnya itu iaitu Azharnim Nawawi,62 .

Dipetik dari Awani, Arwah Azharnim meninggal dunia pada jam 9:20 malam di samping keluarganya di sebuah hospital swasat di Kuala

Menurut Paknil, abangnya telah di masukkan ke hospital terbabit sejak beberapa hari lalu sebelum keadaanya semakin meruncing pada hari Isnin.

“Saya dan adik-beradik yang lain reda dengan pemergian arwah abang saya. Walaupun pahit untuk menerima kehilangan dua orang abang dalam tempoh sebulan, namun, kami harus menerimanya dengan penuh kesabaran,” kata Paknil ketika dihubungi saluran media berkenaan.

AlFatihah. Seorang lagi Kekanda menjadi pilihan Allah untuk bersama. Terima kasih Allah kerana meminjamkan kekanda Azharnim Bin Haji Nawawi kepada kami.

Semoga Allah kumpulkan kami semua adik beradik dan ibu ayah kami di Syurga Firdausi nanti. Selamat jalan abang ke dunia abadi. Innalillahiwainnailaihirojiun – Datuk Aznil Haji Nawawi

Rata-rata rakan selebriti dan pengikut Paknil turut mengambil peluang untuk mengucapkan takziah dan turut berdoa agar segala dosa abang nya diampunkan dan roh abang nya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Diuji dengan dua kehilangan saudara seayah seibu dalam masa terdekat adalah satu hakikat yang amat berat untuk diterima oleh sesiapapun. Semoga Pak Nil dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.