Now Reading
“Bercerai Itu Okay, Berpisah Juga Ok” – Wardina Safiyyah

“Bercerai Itu Okay, Berpisah Juga Ok” – Wardina Safiyyah

https://www.instagram.com/p/B2f0FgOJw6v/

Sesiapa yang mengikuti Instagram bekas pelakon yang mula dikenali menerusi Spanar Jaya, Wardina Safiyyah pasti maklum yang Wardina kerap berkongsikan tips dan nasihat di akaun miliknya. Tidak kiralah isu semasa, tips penjagaan anak, isu kehidupan,hal berkaitan rumah tangga, malah banyak lagi.

Terbaharu figura umum ini tampil menerusi postingnya di IG memuat naik nasihat isu mengenai isu penceraian yang kerap dihadapi pasangan yang berumah tangga bukan sahaja di kalangan selebriti malahan orang biasa.

Dari pandangannya , tidak menjadi masalah untuk pasangan yang bermasalah untuk bercerai dan berpisah, malah untuk mencuba kembali hubungan , malah dia turut bersetuju jika ada yang mengorak langkah dan kembali solo.

Yang tidak ok pada pandangan Wardina adalah bila terus bersama walau sebenarnya tidak lagi dihargai.

Pemegang Degree Sains Psikologi ini  turut berkata yang penceraian bukan lah satu pengakhiran sebuah kehidupan. Dia turut menerangkan yang perkonsiannya ini adalah  untuk memberi semangat kepada mereka yang sedang menghadapi krisis rumah tangga.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dan memberikan komen yang positif mengenai postingnya.

Sebelum ini Wardina pernah berkongikan pendapatnya mengenai isu sama dengan menyatakan tidak perlu bersedih dengan penceraian seseorang, kerana mungkin itu yang terbaik buat mereka.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.