fbpx
Now Reading
Peminat Puji Lisa Blackpink Derma Kepada Mangsa Banjir di Thailand

Peminat Puji Lisa Blackpink Derma Kepada Mangsa Banjir di Thailand

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tak kenal dengan Lisa ahli kumpulan Kpop popular, Blackpink yang cantik dan lincah beraksi di atas pentas.

Foto : Blackpinkupdate

Gadis yang berasal dari Buriram, Thailand ini semalam heboh di media sosial thailand kerana tindakan mulianya mendermakan wang sebanyak 100,000 bath (RM 13,700) buat mangsa banjir di sana.

Difahamkan Lisa menyerahkan wang derma tersebut melalui rakannya pelakon Dana Bin Bunleurit bagi membantu meringkan beban mangsa-mangsa.

Banjir tersebut yang telah mengorbankan 33 nyawa setakat ini semakin memburuk sehingga memaksa Kerajaan Thailand memindahkan 20,000 penduduk ke tempat yang lebih selamat.

Seorang kenalan Lisa, memuat naik gamba cek tersebut berserta kapsyen yang berbunyi : “Lisa mahu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja.”

Sifat dermawan selebriti popular itu menyebabkan netizen dan peminatnya menggelarkan Lisa sebagai ‘Ratu Thailand’ dan manusia umpama ‘Malaikat’

Nampaknya lisa tak pernah melupakan negara kelahirannya dan tempat membesarnya itu walaupun kini sibuk dengan aktiviti seninya di Korea Selatan.

Satu tindakan yang sepatutnya di contohi oleh semua mereka yang berada jauh di perantauan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.