Dalam Diam-Diam, Zamani Slam Selamat Bernikah. Tahniah !
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam diam-diam rupanya Zamani Slam telah melangsungkan pernikahan dengan kawan lamanya Juliana.
Tahniah!
Hanya dengan sekali lafaz, mereka sah disatukan dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur malam tadi. Juliana atau nama betulnya Juliana Abdul Rani telah menerima sebentuk cincin bersama mas kahwin sebanyak RM300 berserta tujuh dulang hantaran.
Zamani menerusi instagram milik syarikatnya Zime Production memuat naik gambar nikah mereka berserta kapsyen panjang lebar untuk mengumumkan perkahwinannya kepada orang ramai.
“Dengan Izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah Majlis Pernikahan saya & isteri, Nur Juliana hari ini 20 September 2019.
“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak lansung.
Dia bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat menjemput pihak media dan membuat hebahan lebih awal.
“Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada yang terguris perasaan sekiranya majlis pernikahan berlansung tanpa pengetahuan mereka. Ini demi menghormati permintaan pihak keluarga.
InsyaAllah majlis resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami – Zamani Ibrahim
Zamani atau nama betulnya Zamani Ibrahim sudah lebih 14 tahun berkawan dengan Juliana yang juga merupakan pembantu peribadi penyanyi berkenaan di syarikat miliknya bersama keluarga, Zime Production.
Sebelum ini, Zamani telah membuat kejutan kepada orang ramai di Majlis ‘Ceria Bersama Zamani’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Jun apabila mengumumkan yang dia akan bertunang dengan Juliana.
Pasangan ini juga dilihat menyanyi berduet bersama pada satu majlis bersama peminat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan.
Dipetik dari Harian Metro, Zamani dan Juliana membuat keputusan untuk mempercepatkan majlis akad nikah kerana mereka berdua akan menunaikan ibadah umrah bersama tidak lama lagi.
Tahniah sekali lagi Zamani!