
Rajah, Filem Hollywood Yang Turut Dibarisi Rahim Razali, Bront Palarae, Shaheizy Sam
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rajah Putih/Raja Putih atau Rajah Sarawak adalah satu dinasti pemerintahan oleh satu keluarga dari barat yang pernah memimpin sarawak iaitu keluara Brooke. Kisah mengenai Raja Sarawak terutamanya James Brooke ini masih di ingati dan dikagumi oleh kebanyakan rakyat Sarawak sehingga kini.

Terbaru, sebuah filem Hollywood berkisarkan mengenai Raja Sarawak pertama itu bakal di hasilkan dengan watak utamanya, Brooke akan di dibawakan oleh pelakon Ireland, Jonathan Rhys Myers yang dikenali melalui filem The Tudors and The Vikings dan beberapa lagi filem lain seperi Bend it Like Beckham, Match Point , Velvet Goldmine dan Mission: Impossible III.

Apa yang lebih menariknya ialah, 3 pelakon terkenal dari Malaysia turut membintangi filem berkenaan iaitu Datuk Rahim Razali yang akan memegang watak sebagai Sultan Brunei, Bront Palarae sebagai Pengiran Indera Mahkota,seteru utama James Brooke, dan Shaheizy Sam sebagai Subu, sahabat baik Raja Putih itu yang berketurunan melayu Sarawak.

Selain mereka, dua lagi selebriti dari bumi kenyalang iaitu Peter John dan Kahar Jimi akan turut berlakon
Penerbit Rajah, Rob Allyn yang dihubungi oleh portal StarLifeStyle turut memaklumkan yang pelakon dari Indonesia Ariquah Hasiholan akan memegang watak Fatima, seorang gadis yang digilai Brooke.

Dipetik dari The Hollywood Reporter ,aktres Hong Kong Josie Ho dan Dominic Monaghan juga akan terlibat dengan cerita berkenaan dengan masing-masing membawa watak sebagai bekas kekasih dan sepupu kepada James Brooke.
Diarahkan oleh pengarah popular Michael Haussman, penggambaran filem bakal bermula 24 September ini dan dijangka akan tamat dalam tempoh sebulan, iaitu hujung Oktober