fbpx
Now Reading
AC Mizal Gelar Elly Mazlein Kereta Terpakai : Elly Mintak Netizen Chill Down

AC Mizal Gelar Elly Mazlein Kereta Terpakai : Elly Mintak Netizen Chill Down

ABPBH 32 yang sudah melabuhkan tirainya 2 hari lalu namun masih meninggalkan kesan kepada orang ramai. Dari Isu Aishah yang dikecam pengikutnya di IG, isu pakaian Ara Johari,  isu Stacy digelar ‘Wanita Akhir Zaman’ dan satu lagi Isu AC Mizal yang dikecam hebat gara-gara menggelar Elly Mazlein ‘Used Car’.

Foto: Berita Harian

Isu ‘Used Car; berkenaan yang kecoh di Twitter selepas satu sedutan dari malam anugerah berkenaan di pertontonkan di Twitter oleh seseorang sehingga dikatakan meniup ‘api panas ‘ netizen menyebabkan Dato AC kemudiannya dikecam hebat oleh mereka.

Namun ada segelintir pengguna Twitter yang tidak bersetuju dengan tindakan individu yang memuat naik video berkenaan yang mereka bagai sengaja mencari isu sehinggakan mereka yang tidak mengikuti dan menonton ABPBH32 turut mengetahui apa yang terjadi di sana.

Tidak kurang yang meminta agar Dato Ac Mizal membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Elly .

Elly Mazlein bagaimanapun bertindak pantas dengan membuat naik perkongsian di Instagramnya memohon netizen agar bertenang, dan tidak terlalu sensitif.

Tindakannya di puji ramai pihak, malah netizen juga menggangap Elly seorang yang sporting kerana tidak menggangap perkara berkenaan sesuatu yang patut di bangkitkan.

Owner badan da cakap macamtu , yang lain chill-chill la okeh??

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.