fbpx
Now Reading
“Mata Sebelah Dah Tak Nampak” -Coach Yin, Kawan Sajat Nyaris Hilang Sebelah Mata

“Mata Sebelah Dah Tak Nampak” -Coach Yin, Kawan Sajat Nyaris Hilang Sebelah Mata

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B2qg1JWhLeJ/

Ramai dalam masyarakat kita terutamanya golongan muda kini cenderung memilih untuk menggunakan kanta lekap dari menggunakan cermin mata.

Mungkin kerana pemakainya lebih selesa dan nampak lebih cool la kan?

Namun harus di ingatkan, kanta lekap tak seharus nya di pakai sebagai medium utama untuk melihat dengan jelas. Selain dari memenatkan mata, ia jika tidak dijaga dengan rapi mampu membuatkan anda kehilangan mata!

Terbaru, seorang kawan rapat usahawan Kosmetik terkenal, Sajat iaitu Coach Yin dikatakan terpaksa di tahan di hospital kerana jangkitan kronik pada mata sebelah kirinya yang nyaris membuatkan coach senaman itu buta sebelah.

Nak tau kenapa?

Yin dikatakan tertido dengan kanta lekap tersebut masih lagi di dalam matanya.
Satu kecuaian yang tak sepatutnya dilakukan oleh pemakai kanta lekap.

Bakteri di dalam mata yang datangnya dari kanta lekap

“Hari kedua Di dalam wad. Kepada mereka yang, pakai lens , jangan pakai ianya sampai tertido.Bahaya, boleh jadi seperti saya. Mata sebelah kiri ada ketumbuhan ulser disebabkan bakteria dari lens “

“Ini boleh menyebabkan mata menjadi buta. Nasihat kan kepada kawan dan keluarga anda yang menggunakan lens. Jangan jadi seperti saya, mata sebelah dah tak boleh nampak” – ujarnya di Instagram.

Yin turut menjelaskan dia hanya mampu melelapkan mata sekejap, memandangkan rutin perawatan memerlukan mata untuk di cuci setiap setengah jam.

“Setiap 30minit pasti ada orang yang datang untuk cucikan mata ,termasuk tgh mlm.Terpaksa tidur ayam. Ini bagi mengelakkan bakteria dari merebak. Perkara yang nampak biasa(pakai lens), tapi jangan ambil remeh” – pesan nya lagi.

Sajat menerusi posting di Instagramnya turut memuat naik beberapa foto ketika menziarahi sahabatnya itu di hospital.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.