fbpx
Now Reading
“Benda Yang Aku Takkan Dapat Lagi, Doa Seorang Ibu” – Titisan Air Mata Issey Selepas 2 Bulan Kehilangan Ibu

“Benda Yang Aku Takkan Dapat Lagi, Doa Seorang Ibu” – Titisan Air Mata Issey Selepas 2 Bulan Kehilangan Ibu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B2vjPEJADL-/?utm_source=ig_web_copy_link

Tiada siapa boleh menafikan mahupun menandingi kasih sayang seorang ibu, terhadap anaknya. Sifat prihatinnya , rasa bimbangnya, rasa gembiranya dan rasa terujanya melebihi rasa sesiapa sahaja.

Malah kasih sayang dan pengorbanannya sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Ini juga membuatkan penyampai radio dan pelawak,Issey Fazlisham terkesan selepas kehilangan ibunya dua bulan yang lalu.

Dia yang sebelum ini nampak tabah dan begitu tenang, malah kurang memperlihatkan sisi sedihnya kepada umum akhirnya ’meletus’ juga. Perkongsian di Instagramnya melalui satu klip video membuatkan ramai pengikut dan rakan selebriti turut berduka.

Foto : Issey IG/Suria

Dalam rakaman tersebut, Issey telah berkongsi kisah kehidupan sehariannya beberapa ketika sebelum dan selepas kehilangan ibunya akibat serangan jantung

Aku tak pernah Kongsikan video ni di  IG aku. Aku tak kuat. Hari ni genap 2 bulan dia pergi. 2 bulan aku dah tak dengar suara dia. Ma. I miss u – Issey Fazlisham

Ekorang dari video yang dimuat naiknya itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat buat Issey agar bersabar dan kuat menghadapi hidupan. Tidak kurang juga yang mendoakan arwah ibunya dirahmati Allah.

Kasih .. dan Sayang dari Ibu tiada Galang ganti..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.