fbpx
Now Reading
Memey Suhaiza Jadi Ibu Susuan Kepada Bayi Abby, Bayi Semakin Pulih

Memey Suhaiza Jadi Ibu Susuan Kepada Bayi Abby, Bayi Semakin Pulih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Abby Abadi baru-baru ini telah selamat melahirkan bayi lelaki hasil perkahwinannya dengan suami, Faizal Zakaria pada jumaat yang lalu(27 September) di Hospital Sungai Buloh.  Bayi lelaki tersebut yang bergelar Baby D bagaimanapun masih dalam pemantauan doktor dan memerlukan penjagaan yang rapi kerana kelahiran pra-matang.

Baca artikel berkaitan : Abby Abadi Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Namun agak menarik perhatian penulis  apabila Memey Suhaiza di Instagramnya memuat naik klip video dia bersama Abby di samping kapsyen nya yang tertulis : “Tadi datang ziarah mama(Abby) sambil-sambil pam susu untuk stok kegunaan Baby D.   Mama & Mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar)

Difahamkan Memey turut membantu meringakan beban Abby yang masih lagi ditahan di wad dengan menjadi ibu susuan kepada Baby D ini.

Foto : IG Norman Hakim

Pelakon itu dalam masa sama turut meminta bantuan netizen untuk mendoakan yang baik-baik untuk Abby dan bayinya.

Selain dari itu, suami Memey, Norman Hakim turut membantu Faizal, suami Abby dalam urusan menanam uri bayinya memandangkan Faizal terpaksa berjaga di Hospital menjaga Abby dan Baby D yang masih lagi didalan NICU.

Foto : Norman Hakim

Keakraban keluarga ini benar-benar menarik perhatian penulis, malah netizen ra-rata terharu dan gembira melihat  hubungan kekeluargaan antara mereka ini. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Baby D segera sihat.

Abby dan Faizal sebelum ini menerusi Instagramnya turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bayi mereka yang difaham dalamannya masih belum betul-betul kuat.

*Terbaru, Abby memuat naik perkhabaran gembira di IG nya dengan menyatakan yang bayi nya menunjukkan perkembangan yang positif selepas masuk hari ketiga.

Alhamdulillah, kami di Buzzkini mendoakan semoga Abby cepat sihat dan Baby D akan pulih sepenuhnya dengan kadar segera. Stay strong Baby D! Amin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.