fbpx
Now Reading
14 Selebriti Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Indonesia

14 Selebriti Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen Indonesia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak mustahil bagi selebriti untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan menerusi pembabitan dalam politik. Malah ianya sudah pun dibuktikan di dunia barat apabila beberapa selebriti terkenal berjaya meyakinkan orang ramai sewaktu pilihanraya untuk mengundi mereka, antaranya bekas Presiden US Ronald Reagan,  bintang Arnold Schwarzenegger, Al Franken dan ramai lagi.

Selain dari mereka, India juga mempunyai ahli parlimen yang berasal dari dunia hiburan iaitu isteri pelakon Amitabh Bachan, Jaya Bachan yang meninggalkan bidang lakonan selepas dilantik menjadi Ahli Parlimen di India pahun 2004 sehingga kini.

Terbaru, Indonesia melakar satu sejarah baru apabila 14 selebritinya yang merupakan anggota Dewan Permakilan Rakyat (DPR) mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Indonesia bagi penggal 2019-2024.

Antara selebriti tersebut adalah  Krisdayanti dan Mulan Jameela,  2 penyanyi yang bukan sahaja terkenal di Indonesia, malah di negara kita, Singapura juga Brunei.

Krisdayanti tampil cantik dengan busana klasik Jawa sewaktu upacara angkat sumpah Foto:IG

Krisdayanti, 44, dan Mulan, 40, memenangi pilihan raya Indonesia pada 17 April lepas, masing-masing mewakili anggota DPR Jawa Timur V dan Jawa Barat XI.

Mulan Jameela tampil dengan busana bodo Bugis Foto: Detik.com

Kesemua mereka mengangkap sumpah pada 10 pagi tadi ( 1 Oktober) di hadapan Ketua Mahkamah Agung, Prof . Dr H.M. Hatta Ali di bangunan parlimen Indonesia.

Diepetik dari Bernama, selain Krisdayanti dan Mulan , selebriti lain adalah Desy Ratnasari,  Eko Hendro Purnomo, Tomy Kurniawan, Dede Yusof Macan Effendi, Primus Yustisio, Rieke Diah Pitaloka, Arzeti Bilbina, Rano Karno, Nurul Arifin, Farhan, Nico Siahaan dan Rachel Maryam Sayidina

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.