
“Dia Ni Bukan Dah Pakai Tudung Ke?”-Jihan Muse Tampil Perjelaskan Tidak Bertudung dalam Iklan Terbaru
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Industri hiburan sebelum ini digemparkan dengan beberapa selebriti yang sudah berhihab namun akhirnya kecundang di separuh jalan seperti Emma Maembong, Uqasha, Fathia Latif dan terbaru Zarina Anjoulie.
Bagaimanapun yang menarik perhatian adalah Jihan Muse, yang baru sahaja berhijrah pada awal tahun ini apabila namanya tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara sebuah iklan di Televisyen yang memaparkan pengacara dan pelawak terkenal ini tampil tidak bertudung.

Ini menyebabkan segelintir netizen kehairanan dan mepertikaikan penampilah Jihan dan bertanya adakah dia juga turut kecundang?
Namun tak lama kemudiannya, Jihan Muse tampil memberikan kenyataan di akaun Twitter miliknya bagi memperjelaskan isu terbabit.
Menurut Jihan , penggambaran iklan tersebut dilakukan semasa dia masih lagi dalam keadaan ‘freehair’ dan sedang hamil mengandungkan anaknya Arsalan di fasa trimester pertama.

“Iklan myfreeview tu shoot time mengandungkan Arsalan tiga bulan, tengah mabuk teruk time tu. Shoot one take , baring one take shoot one take muntah one take” tulisnya lagi
Mengulas lanjut, Jihan sendiri turut mengakui tidak tahu kenapa iklan tersebut baru dikeluarkan sekarang.
“Tapi tak tahulah kenapa baru keluar sekarang. Ini jawapan untuk persoalan “dia ni bukan dah pakai tudung ke?”
Iklan myfreeview tu shoot time ngandungkan arsalan 3 bulan. Tgh mabuk teruk time tu. shoot 1 take baring 1 take shoot 1 take muntah 1 take.. tp taktaulah nape baru skrg klua nya.. jwpn utk soalan “dia ni bukan dah pakai tudung ke”
— J I H A N M U S E (@jihanmuse) September 30, 2019
Penerangan yang ringkas tapi cukup untuk memperjelaskan apa sebenarnya yang terjadi. Sebagai rekod Jihan mula tampil megenakan hijab pada awal tahun ini.
Tahniah Jihan, anda menjawab tanpa sedikitpun melatah. = )