Johan dan Rahim Respon Teguran DJ Isma Halil

Baru-baru ini kecoh apabila DJ radio senior, DJ Isma Halil menegur cara kebanyakan penyampai radio yang suka ketawa dengan lawak mereka sendiri. Ini  padanya seakan menampakkan  bahawa mereka seolah-olah tidak berpengetahun sedangkan radio berperanan memberi kesedaran serta ilmu.

Malah dia melahirkan rasa kesalnya dengan sikap penyampai radio  pada masa ini yang seakan menjadikan stesen radio sebagai bahan ketawa semata-mata ketika dihubungi oleh pihak Metro.

Terbaru dua penyampai  radio yang juga merupakan pelawak terkenal  iaitu Johan dan Rahim Sepahtu turut memberi respon tentang pandangan yang dikemukan Dj Isma Halil tersebut.

Zaman Sudah Berubah, dan Radio ada Sasaran Pendengar

Dipetik dari Metro, Johan menyifatkan perkara bergelak ketawa di dalam konti ini telah lama timbul, namun tugas nya adalah memberi hiburan kepada pendengar, jadi pada dirinya,sebelum menghiburkan orang lain mereka perlu menghiburkan diri sendiri terlebih dahulu.

Penyampai radio Era itu menegaskan zaman sentiasa berubah, dan penyampai di radio juga mengikut peredaran zaman. Malah padanya format ini menyebabkan ERA kekal sebagai radio stesen nombor satu negara buat tahun ke sembilan berturut-turut.

Malah pada Johan, sasaran stesen radio itu adalah anak muda dan belia hadi penyampai harus tampil dengan kelainan mengikut apa yang pendengar gemari.

“Saya sentiasa beringat bahawa akan tua suatu hari nanti, sama seperti dia (Isma Halil). Bagaimanapun stesen radio tetap akan muda dan saya perlu menerima kenyataan zaman sudah berubah,” katanya.

Tidak terasa dan penyampai kini diberi kelonggaran dalam berkarya

Rahim ( 1 dari kanan bersana dua lagi sahabatnya Jep di Sinar dan Shuib yang kini di HotFM)

Rahim sepahtu yang  sudah lima tahun bergelar penyampai radio juga tidak terasa dengan teguran itu kerana padanya nasihat itu dilhat dikeluarkan secara umum, malah seperti Johan dia juga menghormati pendapat dan pendirian Isma sebagai seorang senior.

Namun turutnya, penyampai radio kini diberi kelonggaran untuk berkarya, cuma segala kandungan dan topiknya akan dipantau dan perlu melalui proses tapisan sebelum dibenarkan ke udara.

“Selagi ia tidak menyentuh sensitiviti bangsa dan agama, penggunaan bahasa tidak sopan dan isu yang boleh mengundang kecelaruan masyarakat, kami diberi kelonggaran.” jelasnya

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

5 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

21 hours ago