fbpx
Now Reading
Sharnaaz Luah Rindu Pada Anak, Tumpang Kasih Baby Arrayan Petra

Sharnaaz Luah Rindu Pada Anak, Tumpang Kasih Baby Arrayan Petra

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Krisis yang sedang melanda rumahtangga Sharnaaz Ahmad – Noor Nabila masih hangat diperkatakan, malah kes mereka dilihat semakin rumit. Kakak kepada pengacara terkenal Neeloofa itu sebelum ini telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz Ahmad namun suaminya difahamkan menolak tuntutan cerai tersebut.

Lebih parah, Noor Nabila selepas itu telah memfailkan permohonan interim hadanah (hak jagaaan sementara) terhadap anak mereka, Jebat Jayden pada 13 September diikuti Sharnaaz yang kemudiannya memfailkan permohonan Nusyuz terhadap isterinya pada 19 September.

Baca artikel berkaitan : Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

Terbaru, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya sedang memeluk aktor kecil bernama Arrayan Petra.

Bersama foto tersebut Sharnaaz turut meluahkan rasa rindu pada anaknya, Jebat Jayden kerana terbayangkan anaknya ketika bersama aktor cilik itu

Perkongsian tesebut menimbulkan rasa sedih dan hiba pengikutnya dan netizen. Rata-rata mereka dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Sharnaaz agar tabah dan kuat menghadapi ujian tersebut

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.