fbpx
Now Reading
Serina Redzuawan Dakwa Isteri Kepada Bekas Suami Cuba Tabur Fitnah

Serina Redzuawan Dakwa Isteri Kepada Bekas Suami Cuba Tabur Fitnah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B3NIyoBjIaW/

Penerbit dan pelakon, Serina Redzuawan  baru-baru ini telah memuat naik satu perkongsian di Instagram nya mendakwa bahawa dia telah difitnah oleh isteri kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh dengan pelbagai tuduhan dan kata tohmahan.

Serina turut mendakwa wanita tersebut cuba memburukkan bapanya dengan menuduh Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah melakukan perkara tidak baik kepada cucunya

“Dengan nama Allah yang maha pengasih, penyayang serta berkuasa di muka bumi ini, kata kata biadab dari seorang mualaf yg berpura pura peluk agama Islam dan telah berkahwin dengan bekas suami I.

“Biar you hina I dan keluarga, tapi jangan kurang ajar hina Allah! sekarang cuba memfitnah I macam macam, I senyap dia keluarkan banyak statement di IG hina, kutuk I dan my father. 

“Tuduh my father cuba nak buat benda tak baik pada cucunya sendiri? Gila ke apa? Memang selama ni apa yg I cakap I tak tipu I gunakan Allah sebagai saksi, pekara haram yang di buat depan mata hanya I dan Allah yang nampak, you berani pertikaikan Allah saksi?” tulisnya.

Serina bersama anaknya , Tristan Tareef dan Isabella Safiyya

Anak Chef Wan itu turut mendakwa dia mula rasa teraniaya selepas dia hanya dibenarkan berjumpa anak-anaknya pada masa-masa yang tertentu sahaja

“Hak penjagaan kepada bapa sebab dulu Gavin janji nak jaga anak bersama-sama, I mula rasa teraniaya bila dia halang I jumpa anak-anak di sekolah dan jemput balik sekolah, sedangkan dulu semua ok.

“Now only weekend je dapat jumpa, sedangkan ibu sepatutnya tak perlu ada sekatan nak jumpa anak. Yerlah dah ada cinta hati baru semua berubah. 

“Janganlah nak belagak nak tunjuk kononya ibu tiri yang baik, pastu kata I abaikan dan tinggalkan anak macam tu je, tak persah terjadi. Racun otak anak anak macam-macam. Diorang jadi mangsa keadaan sekarang” katanya lagi.

Difahamkan Serina kini dalam proses memohon hak penjagaan terhadap kedua anaknya selepas bimbang mereka kurang didikan agama.

“Permainkan agama, memang I fight balik sebab I risau hal agama anak anak sebab dua dua tak ikut cara islam dalam kehidupan.

“I ada hak sebagai ibu untuk tuntut apa yang dijanji. You tak perlu sibuk biar mahkamah tentukan keputusan.

“Seronok dan bangga rampas hak orang. Ingat apa yang u buat akan terima balasan dari Allah, roda berputar wahai K….” dakwanya lagi.

Perkongsian Serina itu mendapat perhatian pengikutnya dan netizen, rata-rata mereka mendoakan agar segala urusan Serina dipermudahkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.